Ethereum Classic (ETC) – Jangan Disangka Token Klasik Tiada Potensi

694

Ethereum Classic (ETC) adalah ‘hard fork’ Ethereum (ETH) yang dilancarkan pada Julai 2016. Berperanan sebagai rangkaian kontrak pintar dan mempunyai keupayaan untuk menyokong aplikasi yang tidak berpusat (DApps).

Ethereum Classic diteraskan melalui rantaian legasi Ethereum (ETH) yang diusahakan oleh Vitalik Buterin dan Gavin Wood. Lebih menarik lagi, ETC telah mengatasi prestasi ETH lebih tiga kali ganda berdasarkan pergerakan harga year-to-date (YTD).

Pada awal bulan Mei, tanpa disangka Ethereum Classic telah melonjak lebih 300% yang berpunca daripada spekulasi atau hype dalam kalangan pelabur runcit ketika token itu disenaraikan di platform dagangan Robinhood.

Sentimen medial sosial menunjukkan pelabur amatur lebih memilih ETC kerana nilainya yang murah berbanding ETH mengikut harga semasa.

Mari teliti carta pergerakan semasa harga ETC/USDT.

ETC mencetuskan rekod yang baik dalam pasaran apabila telah membuat lonjakan lebih 300% dengan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $176.16 pada 6 Mei 2021 dan susut semula apabila dipengaruhi kejatuhan harga Bitcoin (BTC).

Sekiranya pergerakan harga kembali membuat kenaikan, paras SBR (support become resistance) sekitar harga $80 perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum meneruskan kenaikan ke zon SBR yang seterusnya.

Menurut jangkaan penganalisa kripto, kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke paras resistance sekitar $130 jika menembusi zon SBR $100-$110 dan bakal mencatatkan trend kenaikan yang jelas.

Namun jika pergerakan harga ETC kembali menyaksikan corak penurunan, paras sokongan $40 yang pernah dicapai sebelum ini bakal diuji sekali lagi dan bakal menjadi pemerhatian para pelabur.

Sewaktu penulisan, Ethereum Classic didagangkan $63 susut 9.32% dalam tempoh 24 jam. Berada di kedudukan ke-21 dengan had pasaran langsung $7,357,459,320.

Lihat gambar carta matawang kripto ETC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat