Ethereum Kekal Jadi Pilihan Pelabur, Merekodkan Transaksi Lebih $6 Trilion Dalam Setahun!

570

Ethereum berjaya merekodkan jumlah transaksi bernilai $6.2 trilion bagi tempoh setahun.

Jika dibandingkan dengan pemerhatian pada 2020, jumlah transaksi ini telah meningkat sebanyak 369% dalam tempoh tersebut dan pada masa yang sama telah mendorong peningkatan harga Ethereum (ETH).

Pada suku ketiga (Q3), rangkaian ini menampung jumlah nilai transaksi tertinggi iaitu $1.5 trilion. Secara jelasnya, lonjakan tersebut berpunca daripada stablecoins yang turut memainkan peranannya di rangkaian.

Sokongan utama terhadap non-fungible token (NFT) dan kewangan desentralisasi (DeFi) turut menjadi sebab kepada lonjakan jumlah transaksi di Ethereum.

Lagi-lagi NFT telah mendapat perhatian daripada firma-firma dan jenama besar, termasuk selebriti.

Ketika penulisan, ETH didagangkan pada $3,389 dengan peningkatan lebih 1% dalam 24 jam. Aset ini tiada tanda untuk susut dengan sokongan kukuh di atas $3,000.

Rangkaian kedua terbesar selepas Bitcoin ini masih lagi dalam peralihan kepada ETH 2.0 yang mana menfokuskan kepada mekanisme konsensus Proof-of-Stake (PoS) dan penambahbaikan skalabiliti.

Walaupun masih jauh lagi pelancaran ETH 2.0 tetapi Ethereum sudah menonjolkan potensinya dengan pengenalan produk-produk DeFi dan NFT.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat