Ethereum Lepasi Paras Sokongan Kritikal, Ini Sasaran Harga Baru!

336

Harga Ethereum (ETH) merosot berbanding Bitcoin (BTC) susulan pasaran mata wang kripto mengalami kejatuhan teruk dalam tempoh 24 jam lalu.

ETH jatuh lebih 8% apabila didagangkan pada hampir sekitar $1,300.

Menurut Kevin Svenson, penganalisis dan influencer kripto, ETH gagal bertahan di paras sokongan kritikal jika terus jatuh kepada paras harga $1,000.

Minggu lalu pelaksanaan Ethereum Merge telah berjaya. Pakar percaya bahawa pencapaian proses tersebut merupakan sesuatu yang luar biasa, namun harga ETH menurun selepas merge tersebut.

Hal ini kerana, ramai pakar berpendapat sesungguhnya pelancaran merge tersebut merupakan masa para pelabur menjual ETH kerana mereka menganggap merge adalah jangka panjang.

Ditekankan juga, merge itu telah berlaku semasa keadaan makroekonomi dalam kondisi yang paling teruk susulan bacaan data indeks harga pengguna AS bulan Ogos menyerlahkan inflasi yang lebih buruk daripada jangkaan.

Malah, Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla yakin bahawa satu lagi kenaikan besar daripada Fed akan membawa kepada kemelesetan ekonomi termasuklah Bank Dunia percaya pasaran akan menghadapi kemelesetan tahun depan.

Sebagai rekod, harga ETH dan mata wang kripto lain akan bergantung pada kenaikan kadar faedah pada 21 September, bahkan pasaran mampu bangkit semula jika FOMC menaikkan 75 mata asas lagi.

Walaupun begitu, jika Fed meneruskan kenaikan 100 mata asas secara hawkish, ia mungkin akan membawa kepada pembetulan harga yang kukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat