Ethereum Tampil Pergerakan Padu Harga, Hasilkan Lonjakan Tinggi!

369

Harga Ethereum melonjak ke paras tertinggi beberapa hari yang lalu, dicetuskan oleh keuntungan yang sama dalam pasaran Bitcoin (BTC) yang muncul dengan satu spekulasi mengenai Amazon menerima Bitcoin sebagai pembayaran.

Kemunculan spekulasi tersebut telah menyokong harga pasaran kripto sebagai isyarat positif yang telah menarik perhatian para pelabur.

Sokongan ‘Whale’ kekal memberi impak yang besar terhadap nilai Ethereum.

Ethereum menunjukkan pergerakan harga yang konsisten dari minggu lalu dengan menghasilkan 18% lonjakan positif, sekaligus menghasilkan paras tertinggi sekitar harga $2,433 pada sesi dagangan hari ini.

Seterusnya, teliti carta pergerakan semasa harga ETH/USDT.

Sewaktu artikel analisa dikeluarkan minggu lalu, ETH didagangkan sekitar harga $2,054, secara konsistennya telah menghasilkan lebih 18% lonjakan secara positif.

Pandangan sudut teknikal, ETH telah berjaya melepasi zon resistance sekitar $2,360, namun ETH tidak dapat mengekalkan pergerakan harga secara konsisten pada sesi dagangan hari ini sehingga menyaksikan pergerakan harga yang lemah atau ianya hanya sekadar retracement.

Para penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, zon SBR (support become resistance) sekitar $2,120 adalah tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Namun, jika pergerakan harga hanya sekadar retracement dan kembali menunjukkan corak kenaikan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon SBR sekitar $2,240 sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi atau bakal membuat paras tertinggi yang terbaru.

Ketika penulisan, Ethereum didagangkan sekitar harga $2,176 susut lebih 5% dalam tempoh 24 jam terakhir.

Lihat gambar carta matawang kripto ETH/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat