EU Akhirnya Setuju Untuk Pakej Bantuan $590 Bilion, Isu Bon Korona Ditangguhkan

367

Setelah dua hari berturut-turut perbincangan diadakan, menteri-menteri kewangan Kesatuan Eropah (EU), iaitu Eurogroup, akhirnya berjaya mencapai persetujuan ke atas pakej bantuan rangsangan ekonomi bernilai €540 bilion ($590 bilion) kepada negara anggota yag terjejas.

Eurogroup, yang terdiri daripada 19 menteri kewangan yang mewakili negara-negara zon Eropah di EU, telah meluluskannya selepas Belanda menarik balik permintaannya terhadap ‘pengawasan ekonomi’ ke atas negara-negara yang memperoleh manfaat daripada pakej tersebut.

Sehubungan itu, Itali dan Sepanyol telah bersetuju untuk menangguhkan tuntutan mereka terhadap pelaksanaan bon korona, sementara isu mengenai pemulihan dana pula akan dibincangkan kembali pada masa yang akan datang.

Ciri utama pakej dalam pakej ini melibatkan Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM), dana jaminan yang dihasilkan semasa krisis hutang zon Eropah. ESM akan menyediakan €240 bilion ($261 bilion) untuk negara-negara yang berhutang.

Satu-satunya keperluan untuk mengakses pakej ini adalah komitmen untuk menggunakan dana dalam membiayai kos rawatan langsung atau tidak langsung, kos penyembuhan dan pencegahan yang berkaitan dengan COVID-19.

Selain itu, para menteri Eurogroup juga bersetuju terhadap langkah-langkah lain termasuk € 200bn pinjaman daripada European Investment Bank dan sebuah projek Suruhanjaya Eropah untuk program sokongan pekerjaan.

Pemimpin EU dijangka mengadakan teleconference pada minggu depan untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat