EU Sedia Bersama China Bagi Memperjuangkan Isu Perdagangan Bebas

54

Ketua Perdagangan Kesatuan Eropah menyatakan kesediaan untuk bersama-sama China dalam memerangi sekatan perdagangan dengan syarat China perlu bertindak adil dalam mengendalikan isu perdagangan dan pelaburan.

Donald Trump iaitu Presiden AS telah mengancam China untuk mengenakan tarif terhadap barangan import China serta menuduh negara tersebut sebagi punca AS kehilangan pekerjaan.

Beijing sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia untuk menyelesaikan apa jua pertikaian yang melibatkan kedua-dua negara. Namun begitu, China turut memberi amaran bahawa mereka sedia memberikan tindak balas jika Trump memulakan perang perdagangan.

Pesuruhjaya Perdagangan EU, Cecilia Malmstrom berkata dalam pertemuan peniagaan antara EU dan China, beliau mahu menjadikan perdagangan sebagai ramuan penting terhadap kemakmuran dan kemajuan negara, biarpun kebanyakan individu mahu menggunakan medium ini sebagai “senjata”. Walau bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama Trump mahupun Amerika Syarikat secara jelas dalam komen beliau.

Beliau turut mengatakan bahawa EU akan mengamalkan dagangan terbuka selagi ia bersifat adil.

Perdagangan China dengan EU menurut rekod, meningkat kepada rekod tertinggi kepada hampir 40 Billion Euro tahun lalu, manakala pelaburan EU ke China jatuh kepada nilai yang paling rendah dalam tempoh 10 tahun dengan kira-kira kurang dari 8 Billion.

Perjanjian pelaburan seterusnya kini masih dalam proses rundingan.

Dalam masa yang sama, Pesuruhjaya EU turut memuji ucapan Presiden China, Xi Jinping dalam Forum Ekonomi Dunia bulan lalu serta menyifatkan China sebagai pemimpin global yang sedia berunding bagi menyelesaikan masalah-masalah besar. Malmstrom juga bersetuju dengan Xi bahawa perang perdagangan hanya akan menjadi bencana buat semua pihak.

Adakah Pentadbiran Trump Bakal Menang dalam Perbicaraan Kes Ini? Nantikan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat