EU Setuju Tubuh Badan Kawal Selia Pengubahan Wang Haram Kripto

163

‘Salah satu usaha yang baik tapi kenapa ada syarikat yang tak suka eh?’

Perunding Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menubuhkan badan kawal selia anti pengubahan wang haram terhadap aset mata wang kripto.

Menurut kenyataan Parlimen dan Majlis Eropah, cadangan untuk melancarkan Badan Berkuasa Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) tersebut telah diluluskan.

Penubuhan tersebut akan menyaksikan pelaksanan peraturan yang memerlukan firma kripto untuk menyemak identiti pelanggan mereka dalam usaha mengawal selia sektor berisiko tersebut.

Diperincikan juga bahawa firma atau penyedia perkhidmatan kripto perlu melaporkan sebarang transaksi yang mencurigakan kepada pengawal selia untuk membantu membanteras ‘wang kotor’.

Jelas ahli parlimen Green Party Sepanyol yang membentangkan cadangan tersebut di parlimen Eropah, Ernest Urtasun, undang-undang baru tersebut diharap dapat mengenalpasti dan menghalang aktiviti jenayah dalam transaksi digital.

Tambahnya, pengawasan tersebut akan memastikan aset kripto boleh dikesan dengan cara sama seperti pemindahan wang traditional.

Dalam pada itu Ondřej Kovařík, seorang ahli parlimem Eropah, menambah bahawa pegawai EU juga telah mencapai ‘perjanjian politik sementara’ mengenai Peraturan Pemindahan Dana badan kerajaan tersebut.

Menyusuri rekod, perundangan baru mengenai kripto tersebut telah mula dicadangkan pada Julai 2021 dan dirancang untuk berkuatkuasa pada 2024.

Selain itu, badan pemantau kewangan ditugaskan untuk mengenal pasti aktiviti jenayah tersebut di Eropah dan menyelaraskan maktlumat dengan unit risikan kewangan negara masing-masing serta pengawal selia tempatan.

Pada sisi berbeza, exchanger kripto, Coinbase Global Inc dilihat menentang cadangan peraturan tersebut.

Namun, sebab penentangan Coinbase tidak dapat disahkan kerana syarikat masih belum mengeluarkan sebarang komen lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat