EUR/JPY Bakal Pecah Rekod Tertinggi Sejak Tahun 2008?

136

Kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/JPY pada awal minggu semalam dilihat mengekalkan corak kenaikan untuk 4 minggu berturut-turut.

Walaupun mata wang Euro bukanlah bergerak pada prestasi terbaik untuk permulaan tahun 2023 ini, namun pergerakannya adalah lebih baik berbanding Yen.

Yen kekal suram ketika tiada pemangkin untuk menyokong mata wang Jepun itu sementara pelabur terus menantikan petunjuk terbaru daripada bank pusat berkenaan hala tuju dasar monetari mereka.

Pada minggu lalu, harga pada carta EUR/JPY telah berjaya bergerak di atas paras 161.500 yang sebelum itu merupakan zon rintangan buat harga.

Kenaikan harga yang berterusan minggu lalu mencapai paras sekitar 163.460 yang merekodkan paras tertinggi untuk tempoh dagangan 12 minggu.

Rekod tersebut dipecahkan pada awal minggu semalam apabila kenaikan diteruskan ke paras ketinggian terbaru pada 163.700.

Jika corak bullish ini kekal berterusan, harga seterusnya akan menuju ke zon rintangan 164.00 yang pernah dicapai harga pada November tahun lalu.

Puncak tersebut adalah yang tertinggi dicapai harga setelah kali terakhir harga berada di sekitar itu pada tahun 2008 yang lalu.

Mungkinkah kenaikan harga yang diteruskan selepas ini akan melepasi rintangan 164.00 dan terus mencatatkan rekod terbaru?

Penganalisis berkemungkinan berdepan kesukaran untuk mengukur jangkaan paras sasaran harga seterusnya untuk dicapai.

Namun, pelabur juga perlu berwaspada apabila harga yang berada di sekitar puncak berisiko untuk alami terjunan mendadak.

Jika penurunan harga mula berlaku, sasaran zon terhampir untuk dituju harga adalah pada sekitar 161.500.

Seterusnya, petunjuk-petunjuk terbaru pada reaksi harga akan diperhatikan untuk menilai sama ada penurunan harga akan berterusan atau sebaliknya.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat