EUR/JPY Kekal Bergerak Rendah Di Bawah Resistance 126.500, Potensi Posisi Sell untuk EUR/JPY?

480

Pada minggu lalu, Bank of Japan (BOJ) telah mengumumkan kadar faedah di Jepun kekal berada di paras yang rendah iaitu pada -0.10% dan sedikit melemahkan dagangan Yen. Namun, penurunan pada nilai matawang safe-haven tersebut tidak begitu ketara ekoran pasaran telah pun menjangkakan keputusan penetapan kadar itu.

Tumpuan untuk JPY adalah pada laporan ekonomi bulanan dari Pejabat Kabinet pada esok hari. Pasaran saham di Jepun bakal meningkat dengan jangkaan bahawa pergerakan ekonomi di Jepun semakin stabil.

Namun perlu juga dititikberatkan potensi risiko terhadap faktor luar seperti kemerosotan pada pertumbuhan ekonomi di China yang mempengaruhi kadar eksport barangan Jepun.

Sementara itu, kelemahan pada nilai dagangan USD menjelang mesyuarat FOMC minggu ini memberi kelebihan kepada matawang anti-USD iaitu EURO. EURO secara fundamental tidaklah begitu menyokong pengukuhan matawang tersebut disebabkan terkesan oleh risiko kegawatan ekonomi sebelum ini.

Bank pusat Eropah juga telah mengumukan kempen pinjaman jangka masa panjang akan dilancarkan sekitar September tahun ini dalam usaha untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi di zon Eropah.

Tumpuan pelabur akan turut terarah kepada indeks ekonomi di Jerman tinjaun ZEW untuk mengukur tahap kesihatan ekonomi semasa.

Jika dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga dilihat agak mendatar sejak penghujung dagangan minggu lalu di mana harga menguji paras resistance 126.500 namun dilihat mengalami kesukaran untuk membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Dagangan semalam juga melihatkan harga menguji paras resistance tersebut sebelum kembali membuat penurunan semula ke sekitar paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Bersambung pada sesi dagangan hari ini, harga dilihat didagangkan rendah dari paras Magic Pivot 126.387 hari ini dan turun menguji paras support 126.084 (MagicS1) pada indicator Moshed Magic Line dan di paras itu juga merupakan zon yang menjadi tumpuan harga pada chart EUR/JPY.

Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi paras resistance 126.500, jangkaan kenaikan lebih tinggi harga boleh mencecah ke paras sekitar 127.174 (MagicR3) dengan mencapai lebih 100 pips pergerakan harga.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah, harga dilihat bakal turun menuju ke paras support 125.539 (MagicS3) yang berada paa zon RBS (resistance become support) untuk harga menguji paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko pada posisi dagangan harian anda.

Paras support: 126.084, 125.842, 125.539.

Paras resistance: 126.629, 126.932, 127.174.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat