EUR/JPY Mampu Capai 100 Pips Kenaikan Harga Lagi Jika Paras Ketinggian 127.500 Menjadi Tumpuan

398

Di samping perkembangan pada rundingan Brexit yang masih berlarutan sepanjang minggu ini, tumpuan pasaran hari ini juga akan terarah kepada keputusan penetapan kadar faedah oleh bank pusat Jepun dalam mesyuarat dasar monetari.

Bank of Japan (BOJ) dijangka akan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar dan tidak melihat keperluan untuk keluar dari polisi sedia ada buat masa ini.

Sementara matawang Euro pula masih berjaya mengekalkan dagangan yang agak stabil dalam sentimen pasaran yang tidak menentu pada minggu ini.

Namun, jika dilihat dari sudut fundamental, nilai dagangan Euro bakal terkesan oleh faktor bank pusat Eropah yang bercadang untuk melancarkan kempen pinjaman bank jangka masa panjang dalam usaha untuk merancakkan kembali aktiviti pertumbuhan ekonomi di zon Eropah yang sebelum ini menuju ke arah risiko kegawatan.

Diperhatikan chart pasangan matawang EUR/JPY, harga masih berjaya mencatatkan kenaikan ke paras lebih tinggi mencecah paras SBR (support become resistance) pada 126.500 dan juga paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum harga kembali pantul membuat penurunan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 126.237 hari ini dan kembali menguji semula zon SBR 126.500 yang gagal ditembusi harga pada dagangan tertinggi dicapai semalam.

Jika harga berjaya menembusi paras tersebut yang juga merupakan paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line hari ini, jangkaan kenaikan harga berpotensi menuju ke paras ketinggian semasa pada chart EUR/JPY sekitar 127.500 mengatasi ketiga-tiga paras resistance indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan tersebut juga boleh mencecah sehingga 100 pips pergerakan harga jika Yen terus melemah pada dagangan penutup minggu ini.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, beberapa zon RBS (resistance become support) bakal diuji harga iaitu pada 125.900 dan 125.400 dan juga zon minor support yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line turut dijangka akan menjadi tarikan harga ke paras-paras tersebut.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk anda mengintai peluang posisi dagangan pada chart EUR/JPY ini.

Paras support: 125.910, 125.606, 125.279.

Paras resistance: 126.541, 126.868, 127.172.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat