Tumpuan pada sesi pasaran Eropah hari ini adalah pada data ekonomi pada zon Eropah melibatkan data PMI perkilangan dan perkhidmatan terutamanya di Jerman.
Secara keseluruhannya, bacaan data adalah kurang memuaskan dengan data perkilangan di Jerman dan Perancis gagal menepati ramalan kenaikan oleh pasaran.
Data yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur sejak awal minggu ini nyata memberi impak terhadap dagangan Euro di mana dapat dilihat penurunan harga pada pasangan Euro berbanding matawang utama yang lain.
Penganalisis melihat kelemahan pada data ekonomi pada zon Eropah tersebut telah kembali membangkitkan kegelisahan dalam pasaran dan bakal mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global.
Kebimbangan dalam pasaran tersebut juga membuatkan pelabur beralih ke arah aset yang lebih selamat di mana memberi kelebihan terhadap matawang safe-haven terutamanya USD dan Yen yang kembali mendapat permintaan.
Dapat diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY menjunam susulan data ekonomi di zon Eropah pada sesi Eropah petang ini. Harga yang bergerak lebih rendah pada paras Magic Pivot 126.533 dilihat membuat penurunan drastik sekitar 70 pips sehingga ke paras support 125.682 (MagicS3) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.
Jika momentum penurunan harga berjaya dikekalkan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah sehingga ke paras 125.400 untuk harga menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.
Sekiranya zon RBS tersebut berjaya ditembusi harga, paras RBS yang lebih rendah di paras 125.000 dilihat sebagai destinasi tumpuan harga yang seterusnya dengan penurunan mencapai sekitar 150 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot.
Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras resistance pada 126.800 juga di paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line bakal diuji untuk harga terus mencari paras ketinggian yang baru pada chart EUR/JPY.
Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.
Paras support: 126.251, 125.964, 125.682.
Paras resistance: 126.820, 127.102, 127.389.