EUR/USD Akan Menjunam Lebih Rendah Menjelang Laporan NFP?

725

US dolar terus menyambung pengukuhan sehingga sesi New York semalam berikutan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat ke paras tertinggi 1 tahun.

Sementara itu, indeks-indeks utama pasaran Wall Street turut pamerkan penurunan memberi isyarat sentimen pasaran yang berisiko membuatkan permintaan terhadap US dolar sebagai mata wang safe-haven terus meningkat.

Tumpuan terarah pada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell semalam namun beliau dilihat tidak memberi sebarang petunjuk untuk perubahan polisi semasa bank pusat.

Justeru, pasaran menyaksikan pengukuhan berterusan US dolar berbanding mata wang utama yang lain sehingga penghujung minggu. Namun, waspada untuk terbitan laporan data pekerjaan NFP AS.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar di bawah rintangan 1.20600 meneruskan kejatuhan lebih rendah semalam sehingga melepasi paras sokongan mingguan 1.2000.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberi isyarat trend bearish harga.

Penurunan ketara harga yang dipamerkan pada sesi New York semalam telah mencecah ke zon RBS (resistance become support) 1.19500 sehingga dagangan yang bersambung di sesi Asia pada Jumaat.

Dengan momentum penurunan, harga boleh mencecah sehingga ke paras 1.19000 yang akan menjadi zon support harga.

Sekiranya harga membuat kenaikan semula, paras 1.2000 akan menjadi rintangan buat harga yang membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula paras halangan MA50 sebelum kembali menuju zon rintangan semalam sekitar 1.20600-1.20900.

Pelabur akan berwaspada terhadap dagangan US dolar pada hari ini lebih-lebih lagi pada awal sesi New York dengan jangkaan laporan NFP AS yang diterbitkan akan memberi impak besar buat US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat