EUR/USD Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Prestasi Suram

631

US dolar menuju penghujung minggu dilihat lebih mendatar selepas menyaksikan corak pergerakan lebih menarik pada minggu lalu dan juga dagangan awal minggu ini.

Pandangan yang bercampur-campur oleh ahli Federal Reserve (Fed) membuatkan pelabur berhati-hati terhadap arah pergerakan US dolar untuk petunjuk dasar yang lebih jelas.

Pada sesi New York semalam, bacaan akhir bagi data pertumbuhan ekonomi GDP Amerika Syarikat (AS) kekal tidak berubah di paras 6.4%. Namun, data yang diterbitkan bersama iaitu tuntutan faedah pengangguran pula lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan.

Ini dilihat semakin menjejaskan momentum pengukuhan US dolar yang dipamerkan pada penghujung minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat semakin bergerak mendatar dan corak kenaikan harga sejak awal minggu ini juga sukar untuk dikekalkan.

Namun, pergerakan harga di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) dilihat masih belum memberi isyarat jelas untuk harga membuat kejatuhan.

Kenaikan harga semalam pula gagal untuk melepasi paras ketinggian pada Rabu sekitar 1.19700. Jika harga berjaya melepasi paras tersebut hari ini, paras rintangan 1.2000 pula dilihat akan diuji.

Kenaikan lebih tinggi untuk corak kenaikan yang lebih jelas akan mendorong harga untuk menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Namun jika penurunan harga berlaku, paras sokongan 1.19000 akan diuji sekali lagi sebelum penurunan lebih rendah akan ke paras sokongan awal minggu sekitar 1.18500.

Penurunan yang masih diteruskan dijangka akan menuju pula ke zon support 1.18000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 11 minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat