EUR/USD Bakal Atasi Ketinggian Minggu Lalu Jika Lepasi Rintangan $1.0600

222

Sentimen pasaran masih lagi dinilai tidak menentu oleh pelabur untuk dagangan pembukaan awal minggu ini dengan kebimbangan kekal terarah pada risiko inflasi dan kemelesetan ekonomi.

US dolar di awal minggu gagal untuk pamerkan prestasi yang baik dengan pergerakan nilai mata wangnya kekal suram, walaupun data ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk pesanan barangan tahan lama (durable goods) catat bacaan yang memberangsangkan.

Dengan pergerakan lemah US dolar, mata wang Euro berjaya meningkatkan sedikit nilainya walaupun pada momentum yang perlahan.

Namun, pelabur kekal waspada terhadap Euro sebelum tumpuan akan terarah kepada mesyuarat bank pusat Eropah beberapa minggu lagi sementara unjuran pertumbuhan ekonomi Eropah telah diturunkan.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Isnin semalam menunjukkan corak menaik harga menyambung kenaikan pada dagangan penghujung minggu lalu.

Harga telah meningkat menguji paras rintangan tumpuan pada 1.06000 di sesi New York semalam sebelum susut semula di bawah paras tersebut pada dagangan penghujung sesi.

Pelabur masih cenderung menilai pergerakan harga berada dalam trend bullish dengan harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Sekiranya kenaikan pada hari ini berjaya tembusi rintangan 1.06000, isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas akan mendorong jangkaan kenaikan lebih tinggi menuju pula rintangan pada 1.07000.

Kenaikan seterusnya bakal menguji zon rintangan 1.08000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Mei dan awal Jun lalu.

Namun, jika harga kecundang membuat penurunan semula, paras sokongan harga pada 1.05000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji lagi minggu ini.

Susut lebih rendah melepasi zon tersebut akan menjangkakan harga menguji pula zon support utama pada 1.04000 sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal catat paras terendah 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat