EUR/USD Bakal Catat Paras Terendah Terbaru Tahun Ini Jika Jatuh Bawah $1.1700

680

Dagangan awal minggu menyaksikan US dolar mengekalkan pengukuhan nilainya menuju data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan seterusnya selepas terbitan laporan pekerjaan NFP AS minggu lalu.

Selepas laporan NFP yang kukuh, pelabur akan meneliti pula data inflasi yang menjadi tumpuan bank pusat untuk petunjuk bagi langkah pengetatan dasar dengan melaksanakan pengurangan pembelian bon.

Turut menjadi perhatian pelabur, Senat AS telah meluluskan rang undang-undang infrastruktur Presiden Joe Biden yang bernilai $1.2 trilion. AS bakal menerima pelaburan besar dalam pembangunan infrastruktur mereka seperti jalan raya, jambatan, lapangan terbang dan pelabuhan.

Data ekonomi serta sentimen semasa yang memihak kepada US dolar dilihat telah mendorong pengukuhan US dolar berbanding Euro ke paras tertinggi 4 bulan.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, corak penurunan kekal dipaparkan sehingga ke dagangan sesi New York pada Selasa semalam.

Masih bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish, harga telah turun ke sekitar zon support 1.17000.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon ini selepas penurunan harga pada dagangan Mac lalu gagal tembusinya sebelum harga membuat lonjakan semula.

Penurunan lebih rendah harga yang menembusi zon tersebut dijangka untuk menuju pula ke zon support lebih rendah sekitar 1.16000 untuk mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Namun, jika zon 1.17000 sekali lagi berjaya menyokong kenaikan semula harga, harga bakal kembali menuju ke paras tumpuan 1.18000 selepas melepasi halangan MA50.

Pergerakan trend bullish harga semula dijangkakan untuk menguji zon rintangan 1.19000 selepas zon tersebut kebal untuk ditembusi ketika diuji beberapa hari pada minggu lalu.

Data inflasi AS yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini bakal memberikan isyarat untuk arah pergerakan harga yang selanjutnya khususnya buat US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat