EUR/USD Bergerak Sendu, Tapi Pelabur Jangka Ada Kejutan Pada Khamis

121

Pergerakan pasaran pada Selasa semalam kekal perlahan ekoran pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena Independence Day.

US dolar dilihat lemah berbanding beberapa mata wang utama namun kukuh berbanding Euro yang didagangkan suram dengan terbitan data-data Eropah yang kurang memberangsangkan.

Tumpuan pelabur kini terarah pada minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis selain laporan data pekerjaan NFP AS menanti di penghujung minggu.

Beberapa lagi data Eropah akan diperhatikan pada hari ini melibatkan PMI perkhidmatan serta inflasi pengeluaran Eropah.

Sekiranya bacaan data yang diterbitkan merosot, mata wang Euro akan terus mengalami penyusutan lebih parah.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, pergerakan harga agak mendatar semalam namun menunjukkan corak penurunan bergerak di bawah paras 1.09000.

Harga yang telah berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi amaran untuk pelabur bersedia dengan kebarangkalian kejatuhan lebih rendah.

Jika penurunan diteruskan lagi hari ini, harga dilihat akan cuba menyaingi paras terendah dicecah penghujung minggu lalu sekitar 1.08400.

Seterusnya, melanjutkan penurunan lebih rendah, zon tumpuan pada 1.08000 bakal diuji selain harga catatkan paras terendah terbaru.

Sebaliknya, jika harga berjaya memaparkan lonjakan melepasi halangan MA50 dan berada di atas zon 1.09000 semula, harga dilihat lebih cenderung untuk membuat kenaikan ke paras lebih tinggi.

Zon 1.10000 menanti untuk diuji lagi pada minggu ini selepas harga mencapai paras tersebut beberapa minggu kebelakangan ini menjadikan ia paras tertinggi dicatatkan sejak dagangan Mei.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat