EUR/USD Bertahan Dari Jatuh Lebih Rendah, Keputusan FOMC Jadi Penentu Arah

240

US dolar mengekalkan pengukuhan pada dagangan sesi New York Selasa semalam susulan data indeks harga pengeluar Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang meningkat menepati ramalan untuk bulan Mei.

Turut memberi petunjuk risiko inflasi di AS semakin menambahkan lagi keyakinan pelabur untuk melihat Federal Reserve (Fed) meningkatkan kadar faedah lebih agresif pada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis ini.

Jangkaan 50 mata asas kenaikan kadar faedah sebelum ini telah berubah kepada 75 mata asas selepas didorong oleh lonjakan data inflasi AS yang diterbitkan pada Jumaat lalu.

Meskipun kebanyakan mata wang utama dalam pasaran terus papar prestasi hambar, Euro walau bagaimanapun dilihat mula menyerap asakan tekanan pengukuhan US dolar yang disokong oleh komen hawkish oleh ahli mesyuarat bank pusat Eropah (ECB).

25 mata asas kenaikan kadar akan dijangkakan pada September, sebelum isyarat kenaikan lebih tinggi bakal berlaku pada Oktober dan Disember oleh ECB.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, momentum penurunan harga dilihat mula perlahan apabila harga dilihat berlegar di atas paras sokongan terbaru pada 1.04000.

Berlaku kenaikan harga pada sesi Eropah semalam, namun setelah menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, harga susut semula bersambung pada dagangan sesi New York memberi isyarat bearish buat pergerakan harga.

Masih lagi disokong oleh paras 1.04000, harga meningkat semula pada sesi Asia pagi ini (Rabu), menguji semula halangan MA50.

Keputusan mesyuarat FOMC bakal menjadi penentu arah pergerakan harga selanjutnya. Untuk sementara itu, pergerakan harga berkemungkinan akan lebih mendatar.

Sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah melepasi support 1.04000, harga bakal mencatatkan paras terendah terbaru 20 tahun dengan sasaran mencecah pada 1.03000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak dari paras support 1.04000, melepasi rintangan pada 1.05000 akan menjadi isyarat untuk perubahan trend bullish.

Kenaikan yang diteruskan akan kembali mensasarkan kepada paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.06000 atau lebih tinggi menuju pada 1.07000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat