EUR/USD Berubah Arah, Meningkat Semula Di Awal Minggu

465

Selepas US dolar berjaya pamerkan kenaikan mingguan terbesar dalam tempoh 2 bulan pada minggu lalu, raja mata wang itu kembali susut dengan ketara pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Kebimbangan terhadap gelombang terbaru Covid-19 yang melanda dilihat membantutkan cadangan pelaksanaan pengurangan pembelian bon (tapering) oleh Federal Reserve (Fed) sebelum ini sekaligus mendorong penyusutan semula US dolar.

Menyaksikan pergerakan lemah sejak sesi Asia bermula semalam, US dolar terus bergerak suram sehingga ke sesi New York di samping terbitan data sektor pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan yang kurang memberangsangkan.

Membuka ruang untuk mata wang utama yang lain kembali meningkat semula, Euro berjaya mengambil kesempatan tersebut walaupun data sektor ekonomi yang diterbitkan di sesi Eropah dilihat tidak begitu memuaskan.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga yang mula meningkat di atas paras 1.17000 di awal sesi Asia semalam meneruskan kenaikan sehingga ke penghujung sesi New York mencapai paras ketinggian sekitar 1.17500.

Dengan peningkatan itu di samping pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi petunjuk kepada pelabur untuk pergerakan bullish.

Kenaikan yang berjaya diteruskan dilihat akan menuju ke paras rintangan 1.18000 yang diuji pada awal dagangan minggu lalu.

Jika harga melonjak lebih tinggi menembusi rintangan tersebut, kenaikan harga dijangka untuk menuju pula ke paras 1.19000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh 3 minggu.

Namun, sekiranya harga mula berubah arah berkemungkinan dengan pengukuhan semula US dolar dalam pasaran, penurunan di bawah paras 1.17000 dan paras sokongan MA50 akan memberi isyarat bearish.

Harga akan menguji paras support minggu lalu sekitar 1.16700 sebelum penurunan yang diteruskan dijangka ke paras 1.16000 dan mencatatkan paras terendah terbaru untuk tahun ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat