EUR/USD Buat ‘U-Turn’ Di Sesi New York Semalam, Apa Jadi Ni?

164

Perkembangan pilihan raya di Eropah terus memberi kesan terhadap pergerakan mata wang Euro di awal minggu ini.

Pembukaan yang cemerlang untuk Euro di awal sesi Asia semalam sebelum data inflasi Jerman menunjukkan bacaan awal yang gagal untuk meningkat seperti ramalan.

US dolar pula kembali memberi tekanan apabila berjaya paparkan pengukuhan semula di sesi New York semalam.

Pada mulanya, US dolar melemah seketika sebaik sahaja data tinjauan ISM sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, namun raja mata wang itu kembali pamer pemulihan sehingga menuju penghujung sesi.

Meneliti carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu semalam, harga meneruskan kenaikan ke paras ketinggian terbaru 3 minggu setelah pembukaan lebih tinggi harga di sesi Asia.

Harga capai sekitar 1.07700 sebelum berundur turun semula di sesi New York hingga mencecah paras 1.07200.

Penurunan itu juga dilihat menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu yang melantun memberi isyarat pergerakan harga masih dalam trend bullish.

Harga mendatar di sesi Asia pagi ini (Selasa) di sekitar 1.07300 dengan jangkaan untuk kenaikan harga diteruskan semula.

Jika berjaya kenaikan berlaku semula, paras ketinggian semalam bakal diatasi sebelum harga menuju zon tumpuan pada 1.08000.

Pergerakan bullish lebih jelas akan dilihat selepas harga menembusi zon 1.08000 sebelum meneruskan pendakian ke tumpuan seterusnya pada 1.09000 pula.

Namun, jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya selepas ini, harga boleh susut lebih rendah di bawah garisan sokongan MA50 dan mencetuskan isyarat bearish buat harga.

Penurunan harga bakal menguji zon penting pada 1.07000 yang menjadi tumpuan untuk beberapa minggu terbaru ini.

Untuk penurunan lebih rendah yang dilanjutkan, paras terendah terbaru akan dicatatkan dengan sasaran adalah pada 1.06000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat