EUR/USD Buat ‘U-Turn’ Semula, Apa Sudah Jadi?

923

Memberi kejutan dalam pasaran, US dolar kembali mengukuh semula pada dagangan Selasa semalam selepas pergerakan perlahan di awal minggu ekoran pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup sempena sambutan hari Kemerdekaan.

Sentimen pasaran yang dinilai kembali berisiko dengan kejatuhan pasaran saham AS telah mendorong peningkatan permintaan terhadap aset safe-haven termasuk mata wang US dolar.

Selain itu, pelabur dilihat kembali memberi tumpuan terhadap dasar monetari Federal Reserve (Fed) semula untuk minit mesyuarat FOMC yang akan diteliti pada awal pagi Khamis.

Tumpuan untuk perbincangan sama ada Fed akan memulakan langkah pengetatan dasar dilihat turut menjadi faktor menyokong pengukuhan semula US dolar dalam pasaran.

Walaupun hasil perbendaharaan AS susut lebih rendah, dan data tinjauan PMI perkhidmatan AS yang diterbitkan semalam juga kurang memberangsangkan, namun US dolar kekal catatkan peningkatan yang ketara.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga kembali buat ‘U-turn’ semula menafikan jangkaan kenaikan harga sebelum ini.

Harga yang meneruskan kenaikan semalam menguji zon rintangan di bawah paras 1.19000 sebelum menjunam sehingga ke penghujung sesi New York.

Menjadi petunjuk awal kepada pelabur, harga yang kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi isyarat untuk trend bearish semula.

Penurunan harga kembali semula ke paras yang dicecah minggu lalu dengan zon support 1.18000 dilihat akan menjadi tumpuan.

Zon tersebut bakal diuji dan jika harga berjaya tembus lebih rendah, penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju ke paras tumpuan seterusnya sekitar 1.17200.

Namun jika zon 1.18000 berjaya membendung kejatuhan harga lebih rendah dan menyokong kenaikan semula, berkemungkinan harga akan kembali semula menuju ke paras 1.19000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat