EUR/USD Capai Ketinggian Yang Diuji Pada Dagangan Julai Lalu

592

US dolar bakal didagangkan lemah pada minggu ini susulan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur diterbitkan pada penghujung minggu lalu.

Walaupun purata pendapatan serta kadar pengangguran mencatatkan bacaan baik, namun angka bagi pertambahan pekerjaan di AS bagi bulan Ogos merosot jauh lebih rendah berbanding jangkaan.

Ini telah memberi tekanan buat US dolar untuk menutup dagangan minggu lepas di paras rendah di samping tekanan kenyataan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar bank pusat sebelum itu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, kenaikan harga diteruskan sehingga penghujung minggu lalu menguji zon rintangan pada 1.19000 yang menjadi sasaran penganalisis.

Zon tersebut juga menjadi penghalang pada dagangan penghujung Julai dan awal Ogos lalu.

Masih gagal untuk menembusi zon rintangan itu, harga bergerak susut semula pada pembukaan pasaran di awal minggu ini.

Penurunan dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD dengan jangkaan paras tersebut akan menyokong semula kenaikan harga.

Zon rintangan 1.19000 dijangka untuk harga tembusi pada minggu ini berikutan US dolar dijangka untuk menyambung penyusutan selepas laporan pekerjaan NFP yang kurang memberangsangkan.

Sasaran kenaikan harga terbaru adalah pada ketinggian 1.2000 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 3 bulan.

Namun jika harga menjunam semula, paras sokongan buat harga dilihat berada pada paras 1.18000 pada zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah selepas harga menunjukkan isyarat perubahan trend bearish, bakal menuju semula ke paras tumpuan sebelum ini sekitar paras 1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat