EUR/USD Catat Kenaikan 170 Pips Hari Ini, Harga Bakal Sambung Penurunan Semula?

937

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada hari ini kembali mempamerkan kenaikan semula setelah penurunan harga semalam mencecah paras terendah sejak April 2017.

Harga yang berada pada zon SBR (support become resistance) 1.09700 telah merekodkan penurunan harian sehingga 330 pips ke paras terendah 1.06500. Penurunan tersebut mengatasi penurunan 230 pips pada hari sebelumnya.

Penghujung sesi New York mula menunjukkan pergerakan perlahan harga bersambung pada awal pembukaan sesi Asia hari ini.

Namun harga menunjukkan kenaikan sekitar 170 pips sehingga sesi Eropah di mana harga menguji zon SBR 1.0800 dan juga paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) dan dilihat gagal menembusinya.

Jika harga kembali meneruskan penurunan semula, paras terendah 1.06500 yang menjadi paras support harga akan kembali dituju.

Sesi New York akan mempamerkan pergerakan lebih jelas harga dengan reaksi pada matawang US dolar yang menjadi tumpuan utama pelabur dalam suasana kritikal ini.

Harga yang berjaya breakout support tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru bagi carta EUR/USD dengan mengekalkan trend bearish harga.

Sebaliknya jika harga membuat lonjakan dan melepasi zon SBR 1.0800 dan halangan MA50, berkemungkinan trend akan berubah untuk harga membuat kenaikan.

Kenaikan harga dijangka akan menuju semula zon SBR di bawah paras 1.10000, antara paras tumpuan harga pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat