EUR/USD Catat Penurunan 140 Pips, Keyakinan Semula Terhadap US Dolar?

960

Matawang US dolar pada Selasa kembali catat pengukuhan semula selepas penyusutan ketara pada permulaan dagangan minggu ini.

Penggubal undang-undang di Amerika Syarikat ini sedang berbincang dan menyatakan mereka semakin hampir untuk capai persetujuan dalam melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang bernilai $2 trilion dolar.

3 indeks saham utama Amerika Syarikat kembali catat lonjakan kukuh selepas jualan besar-besaran pada Isnin.

Kebimbangan pelabur juga diredakan selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump meyakinkan bahawa sebahagian perniagaan akan bermula semula selepas penutupan 15 hari yang berakhir minggu hadapan.

Trump juga menyatakan beliau bersedia untuk laksanakan tindakan kecemasan jika perlu di bawah akta Defence Production Act, namun Timbalan Presiden Mike Pence menyatakan industri sedang melangkah pulih.

Dagangan pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada sesi New York semalam mula pamerkan penurunan membantutkan corak kenaikan harga pada sesi-sesi sebelumnya.

Matawang Euro juga gagal mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar selepas data PMI pembuatan dan perkhidmatan di Eropah diterbitkan dengan bacaan bercampur-campur.

Harga yang membuat kenaikan mencapai paras ketinggian sekitar 1.08870 kembali membuat penurunan 140 pips ke paras sokongan dinamik Moving Averafge 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Harga kemudian bergerak membuat kenaikan yang perlahan sehingga penghujung sesi dan bersambung pada sesi Asia hari ini.

Pergerakan harga dilihat masih berlegar di atas paras sokongan MA50 berikutan pelabur masih berwaspada untuk memastikan pergerakan lebih jelas harga dalam suasana pasaran yang tidak menentu sekarang.

Jika penurunan harga diteruskan, harga yang melepasi sokongan MA50 dilihat akan kembali turun semula menguji zon support minggu lalu sekitar 1.06500.

Namun jika harga menyambung semula kenaikan pada awal minggu, paras resistance 1.08800 akan diuji untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Paras tumpuan pada kenaikan seterusnya dilihat pada zon SBR (support become resistance) di bawah paras 1.1000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat