EUR/USD Dah ‘Panjat’ 300 Pips, Dijangka Akan Ke Paras Lebih Tinggi Minggu Ini

966

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 telah berakhir dan secara rasminya Joe Biden diumumkan sebagai Presiden AS yang ke-46.

Namun keputusan tersebut nampaknya tidak diterima baik oleh Donald Trump yang mendakwa berlaku ketidaktelusan dalam proses pengiraan undian.

Kemenangan Biden telah melonjakkan pasaran saham sementara mata wang US dolar kini didagangkan lemah berbanding mata wang utama yang lain.

Rangsangan ekonomi lebih besar diharapkan akan dilaksanakan dan Biden telah memaklumkan bahawa pasukan khas Covid-19 akan diumumkan pada hari ini dalam usaha kerajaan membendung penularan pandemik.

Dapat dilihat pergerakan harga menunjukkan US dolar melemah berbanding mata wang utama seperti yang dipaparkan pada carta EUR/USD.

Terjunan awal harga pada hari pengiraan undian pilihan raya telah melihatkan harga menguji zon support pada 1.16100 sebelum berlaku peningkatan semula harga susulan US dolar kembali mengalami susut nilai.

Harga telah berjaya melepasi zon RBS (resistance become support) sebelum menuju zon resistance di bawah paras 1.19000 sehingga penghujung dagangan minggu lalu. Kenaikan mingguan harga telah dicatatkan mencapai sekitar 300 pips.

Harga telah bergerak di bawah 1.19000 tersebut sejak penurunan harga yang berlaku pada awal September lalu dengan paras 1.16100 menjadi paras support harga.

Harga dibuka di bawah paras ketinggian 1.19000 pada sesi Asia pagi ini untuk permulaan dagangan minggu ini dengan pergerakan harga yang dilihat perlahan dan mendatar.

Jangkaan kenaikan harga akan diteruskan melepasi 1.19000 dengan destinasi tumpuan seterusnya adalah pada ketinggian 1.20000.

Namun jika zon resistance 1.19000 gagal ditembusi, harga dilihat akan turun semula menguji zon RBS 1.18000 dan paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga juga akan turut diuji bagi menentukan arah trend harga selanjutnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat