EUR/USD Dijangka Akan Lebih Rancak Menjelang Laporan NFP

754

Dolar greenback terus malu-malu kucing untuk mempamerkan pengukuhan meskipun telah memperoleh data serta sentimen pasaran di luar jangkaan dan positif pada minggu ini.

Susulan faktor tersebut, pelabur dilihat kekal mengambil langkah berwaspada terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini (Jumaat).

Terbitan laporan data NFP yang baik bakal merangsang dan mempengaruhi Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan pengetatan dasar polisi (tapering) seawal November.

Selain itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun telah menyaksikan peningkatan mencapai paras 1.60% yang serba sedikit dijangka akan menyokong pengukuhan USD.

Jika diteliti kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga kembali bergerak mendatar di atas zon sokongan 1.15000 setelah mempamerkan terjunan 70 pips pada dagangan Rabu.

Namun begitu, harga dilihat sering mencucuk paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam bagi memberi bayangan kepada pelabur untuk harga mengekalkan trend penurunan.

Dalam masa yang sama, matawang Euro kekal tidak berupaya dalam mempersembahkan aksi yang memberangsangkan berikutan masih lagi memperoleh suntikan sendu pada data-data ekonomi Eropah.

Pergerakan harga pada carta EUR/USD dijangka akan terus menyusut ke zon sokongan 1.15000 andai kata USD kembali menerima sokongan daripada laporan data NFP untuk meneruskan pengukuhan.

Penurunan ke zon sokongan berkenaan secara tidak langsung bakal sekali lagi merekodkan paras terendah terbaharu yang pernah dicapai sepanjang tempoh 15 bulan sejak daripada Julai 2020.

Zon sokongan seterusnya pada paras 1.14000 masih kekal menjadi zon tumpuan para pelabur untuk diuji sekiranya trend penurunan harga yang lebih rendah berlaku.

Walau bagaimanapun, jika USD kembali didagangkan lemah, pergerakan harga dijangka akan menggapai semula zon yang  ‘kebal’ untuk ditembusi pada zon SBR (support become resistance) 1.16000.

Kenaikan harga yang lebih tinggi berkemungkinan bakal menuju ke zon SBR seterusnya sekitar 1.17000 dan dijangka harga akan memberi isyarat untuk EUR/USD kembali dengan trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat