EUR/USD Diramal Menjunam Ketika Data CPI AS Diterbitkan?

292

Dagangan awal sesi New York pada Rabu semalam positif buat US dolar susulan terbitan data indeks harga pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) untuk bulan September yang meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.

Seterusnya, menyusul pula laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi yang masih melihatkan isyarat hawkish oleh Federal Reserve (Fed) untuk meneruskan pengetatan dasar yang agresif.

Namun, pengukuhan US dolar hanya di awal sesi New York selepas data PPI diterbitkan sebelum pergerakan raja mata wang itu kembali suram di penghujung sesi.

Pelabur berkemungkinan berwaspada untuk dagangan US dolar menantikan terbitan data inflasi (CPI) AS malam ini dengan jangkaan bacaan tahunan untuk menurun dari 8.3% kepada 8.1%.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD yang bersambung pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis) dilihat kembali berlegar di zon 0.97000 selepas penurunan di sesi New York semalam ke paras sekitar 0.96700.

Momentum mula perlahan dengan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD menjadi tumpuan diuji harga.

Sekiranya kesan data inflasi AS mengukuhkan US dolar dan menekan harga ke bawah, trend bearish sebelum ini akan diteruskan lagi untuk harga keluar dari zon sideways yang berlegar sekitar 0.97000.

Penurunan dari zon 0.97000 seterusnya bakal menuju semua ke zon support pada 0.95500 yang merupakan zon terendah dicecah harga untuk tempoh dagangan 20 tahun.

Namun sebaliknya jika harga berubah arah untuk membuat kenaikan, lonjakan harga berkemungkinan boleh mengatasi paras ketinggian dicatatkan pada Selasa lalu.

Seterusnya, rintangan pada paras 0.98000 dilihat akan diuji sebelum kenaikan harga yang masih diteruskan boleh mencapai sehingga 0.99000 atau lebih tinggi menuju zon pariti 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat