EUR/USD Gagal Beri Kejutan Ketika Data NFP Diterbitkan

228

Menjadi tumpuan pada sesi New York Jumaat lalu, terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Ogos dilihat tidak memberi kesan yang begitu ketara terhadap pergerakan US dolar.

Pertambahan pekerjaan meningkat mengatasi jangkaan, namun purata gaji sedikit menurun manakala kadar pengangguran pula meningkat.

US dolar sedikit susut ketika data diterbitkan namun mula menunjukkan pengukuhan semula pada penutupan sesi terakhir minggu lalu tersebut.

Mata wang Euro pula terus terkesan oleh krisis tenaga yang berlarutan di Eropah, namun tumpuan pelabur akan terarah pada mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada minggu ini dengan jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih agresif bakal dilaksanakan.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menunjukkan peningkatan pada Jumaat lalu melepasi paras pariti 1.0000 dan mencapai sekitar 1.00300 ketika data NFP diterbitkan.

Namun harga mula menyusut semula di bawah 1.0000 tersebut dan mengakhiri dagangan penghujung minggu di sekitar 0.99500.

Menyambung dagangan di awal sesi Asia pagi ini, harga membuka dagangan lebih rendah di sekitar 0.99200 dan mendatar di sekitar tersebut dengan paras sokongan 0.99000 masih lagi menjadi zon support harga untuk beberapa minggu ini.

Jika penurunan harga diteruskan, harga yang berjaya melepasi zon support tersebut bakal mencecah pula ke sekitar 0.98000 untuk sasaran paras terendah 20 tahun yang terbaru.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga akan memberi isyarat awal bagi perubahan trend bullish.

Harga seterusnya dinilai untuk melepasi rintangan pada 1.0000 sebelum meneruskan kenaikan menuju ke zon rintangan sebelum ini sekitar 1.01000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat