EUR/USD – Harga Semakin Tunduk Hampir Sentuh $1.0800 Semula

188

US dolar kembali bangkit perlahan-lahan pada minggu ini untuk mengurangkan semula kerugian parah yang telah dialami sepanjang minggu lalu.

Tumpuan terarah kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres semalam yang turut memberi kesan terhadap US dolar.

Petunjuk berkenaan waktu untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed masih belum muncul, Powell kekal mengulangi untuk menunggu data-data terbaru yang hadir semalam ini untuk memberi cukup keyakinan untuk beralih kepada pelonggaran dasar.

Justeru, dengan jangkaan dasar ketat dan kadar faedah tinggi akan terus dikekalkan, US dolar bergerak stabil menuju dagangan penghujung sesi New York.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, ketinggian diuji awal minggu sekitar 1.08400 adalah merupakan paras yang dicapai pada penghujung minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi dari itu tidak berlaku apabila harga mula menunduk perlahan seperti yang dipaparkan pada corak dagangan sepanjang Selasa semalam.

Isyarat awal untuk pergerakan bearish harga diperhatikan apabila harga mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Walaupun tempo penurunan harga adalah perlahan, namun dilihat semakin menghampiri zon tumpuan 1.08000 yang dijangka akan mengundang reaksi menarik harga.

Jika harga tembus lebih rendah ke bawah, akan menjadi isyarat bearish jelas dan pelabur akan bersedia untuk berdepan kejatuhan lebih parah.

Setelah corak penurunan bermula, harga dilihat akan kembali mensasarkan ke sekitar 1.07000.

Namun, jika harga kekal bertahan di atas zon 1.08000, pelabur nantikan petunjuk untuk kenaikan harga berlaku semula.

Melepasi halangan MA50 akan mendorong harga untuk mencabar ketinggian paras di awal minggu sebelum catatkan ketinggian terbaru.

Sasaran seterusnya untuk harga adalah menuju zon sekitar 1.09000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat