EUR/USD Junam 70 Pips Angkara Kelemahan Mengejut Euro

408

Matawang Euro terus terpalit untuk bergerak lebih lemah susulan kenyataan dovish yang disampaikan oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan memberi ruang kepada matawang USD untuk papar pengukuhan.

Namun begitu, dagangan USD dilihat masih lagi bergelora walaupun pamer pergerakan positif di awal minggu sementara pelabur masih menantikan data penting bagi petunjuk pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) menuju ke penghujung dagangan Oktober.

Pelabur juga berkemungkinan mengambil langkah berwaspada terhadap Euro untuk menantikan keputusan mesyuarat polisi ECB bagi menilai sama ada matawang Eropah itu akan terus diheret lemah atau kembali kukuh semula.

Tak sempat nak memacak lebih ‘garang’, pergerakan harga pada carta EUR/USD dilihat masih lagi dikekang pada rintangan paras tertinggi mingguan sekitar 1.16700 untuk kembali pamer penurunan di sesi Eropah (Isnin).

Corak penyusutan yang dipersembahkan telah menjunam melebihi 70 pips sehingga menguji semula zon RBS (resistance become support) 1.16000 sebelum bergerak perlahan di zon itu pada penghujung sesi New York.

Aksi junaman berkenaan juga sudah menembusi trendline support dan paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk memberi isyarat awal perubahan trend bearish setelah terus mendatar pada minggu lalu.

Namun jika pergerakan harga terus mengekalkan penurunan, paras terendah 2021 yang dicapai sekitar 1.15300 berkemungkinan akan sekali lagi diuji andai kata paras rintangan 1.16000 itu berjaya dilepasi.

Trend penurunan yang lebih drastik bakal memperlihatkan harga terus mencatatkan paras terendah terbaharu bagi 2021 yang dijangka mampu mencecah sehingga ke zon sokongan pada 1.15000.

Sekiranya harga berupaya kembali mempamerkan trend kenaikan sebelum ini, kebarangkalian yang jelas akan melihat peningkatan menuju semula ke paras tertinggi 1.16700 yang sering kekang lonjakan harga.

Zon SBR (support become resistance) 1.17000 masih lagi kekal menjadi tumpuan utama untuk dicapai jikalau paras tertinggi tersebut berjaya ditembusi.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat