EUR/USD Kembali Pamer Aksi Garang Dengan Lonjakan 70 Pips

162

Sekali lagi matawang USD terus memberi kegusaran kepada pelabur susulan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan bacaan positif masih gagal untuk memacu pengukuhan USD.

Kelemahan matawang USD berkemungkinan didorong oleh hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang telah merundum ke paras 1.55% selepas ia mencatat paras tertinggi sekitar 1.64% pada awal minggu.

Berikutan ketidaktentuan USD, matawang Euro dilihat telah mengambil kesempatan untuk mengukuh selepas sebaik sahaja harga mencecah paras terendah sejak Julai 2020 berbanding USD pada Rabu.

Menilai kepada carta pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga tampaknya tidak berupaya menembusi paras sokongan minggu lalu sekitar 1.15300 untuk kembali mempamerkan lonjakan agresif.

Peningkatan yang ditonjolkan turut memberi isyarat awal untuk membuat perubahan trend setelah pergerakan harga berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Harga juga dilihat mempamerkan kenaikan menghampiri 70 pips pada semalam dan telah menguji semula zon SBR (support become resistance) 1.16000 pada sesi Asia hari ini (Khamis).

Sekiranya harga berupaya menembusi zon SBR tersebut, pergerakan harga berkemungkinan bakal meneruskan trend bullish yang lebih jelas untuk jangkaan menuju ke zon SBR 1.17000.

Lonjakan lebih ‘garang’ akan menyaksikan harga menuju ke paras rintangan seterusnya pada 1.18000 yang akan menjadi paras tumpuan serta akan mencatat paras tertinggi terbaharu 3 minggu.

Sebaliknya jika pergerakan harga pada carta EUR/USD kembali menyusut, zon sokongan 1.15300-1.15000 akan sekali lagi duji dan dijangka bakal menyangkal trend bullish yang ingin dipamerkan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat