EUR/USD – Kenapa Harga Makin Jatuh Walaupun USD Lemah?

368

US dolar semakin menunjukkan penyusutan ketika menghampiri dagangan penghujung minggu dengan kebimbangan terhadap ramalan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal suram bagi bulan Mei.

Sebelum itu, tumpuan akan diberikan dahulu kepada data pekerjaan ADP yang mengukur sektor swasta di AS, tuntutan faedah pengangguran AS serta data tinjauan ISM sektor pembuatan yang akan diterbitkan malam ini.

Menilai faktor fundamental bank pusat, beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) dilihat bersetuju untuk kenaikan kadar faedah dihentikan dahulu buat sementara waktu dan perlu menilai kesan terhadap ekonomi semasa.

Kesempatan situasi penyusutan US dolar walau bagaimanapun gagal dimanfaatkan oleh Euro apabila mata wang itu terperosok ke paras terendah 11 minggu berbanding US dolar semalam.

Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD pada Rabu semalam, harga telah memulakan penurunan di sesi Asia ke sekitar 1.06600 sebelum melantun sebentar di paras 1.07000.

Menguji paras tersebut dan tidak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu mendorong penurunan disambung pada sesi berikutnya.

Paras terendah terbaru dicecah sekitar 1.06350 sebelum harga melantun menutup dagangan penghujung sesi New York hampir di bawah paras 1.07000 semula.

Dengan corak bearish yang dipaparkan, harga bakal meneruskan penurunan lebih rendah menuju dagangan penghujung minggu ini dengan sasaran kepada 1.06000.

Namun, jika US dolar lebih ketara melemah, harga boleh meningkat semula di atas 1.07000 dan melepasi halangan MA50.

Setelah menilai isyarat perubahan trend, pelabur bakal bersedia untuk menyaksikan kenaikan harga semula menuju paras 1.08000 sebelum melanjutkan pendakian ke zon tumpuan 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat