EUR/USD Loncat 140 Pips Lagi Menjelang Mesyuarat ECB

195

Tercetus kemungkinan baru dalam pasaran untuk Federal Reserve (Fed) bakal memperlahankan pengetatan dasar yang agresif apabila data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan dari awal minggu ini kurang memberangsangkan.

Pelabur kini menantikan terbitan data pertumbuhan ekonomi AS (KDNK) untuk suku ketiga yang akan turut menjadi tumpuan Fed, sementara US dolar kekal bergerak lemah sehingga ke sesi New York semalam.

Mata wang Euro yang bergerak kukuh minggu ini bakal dipantau pelabur ketika tumpuan teralih kepada mesyuarat polisi bank pusat Eropah pada awal sesi New York malam ini.

European Central Bank (ECB) dijangka untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 2.00% daripada 1.25%.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD masih mengekalkan trend bearish sehingga ke penghujung dagangan sesi New York semalam dengan kenaikan terbaru telah mencapai paras tertinggi dalam tempoh 6 minggu.

Jangkaan untuk US dolar kekal bergerak lemah akan mendorong kenaikan harga untuk melepasi zon 1.01000 dan 1.01600.

Sekiranya reaksi harga pada sesi New York terus menyokong corak kenaikan lebih tinggi, harga berpotensi mencapai sehingga ke paras ketinggian 1.03000.

Namun, penganalisis tidak menolak kemungkinan untuk perubahan arah yang boleh berlaku menuju dagangan penghujung minggu ini.

Penurunan harga akan menguji semula zon pariti 1.0000 sebelum menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut untuk isyarat permulaan trend bearish.

Penurunan harga akan menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti pada 0.99000 dan 0.98000 sebelum ke zon support minggu lalu pada 0.97000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat