EUR/USD Lonjak 160 Pips Selepas Data NFP Diterbitkan!

103

US dolar alami penyusutan ketara pada penutup dagangan sesi terakhir minggu lalu selepas tumpuan diberikan pada penerbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Melihat secara kasarnya, laporan NFP untuk bulan Disember itu adalah positif dengan kadar pengangguran telah menurun sehingga ke paras 3.5% daripada 3.7% sebelum ini.

Pertambahan pekerjaan pada Disember berjaya atas jangkaan 200,000 dengan mencatatkan angka 223,000. Namun, ia sebenarnya masih lagi rendah berbanding bacaan bulan sebelumnya.

Sementara purata pendapatan gaji pula catat bacaan yang mengecewakan dengan penurunan lebih rendah kepada 0.3% berbanding jangkaan pada 0.4%.

Ketika US dolar gagal untuk menyambung pengukuhan, menyusul pula data tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS yang jatuh di bawah paras 50 mata menjadi petanda yang buruk kepada kesihatan ekonomi terbesar dunia itu.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya berlegar perlahan di atas zon sokongan 1.05000 kemudiannya melonjak sehingga catatkan kenaikan harian 160 pips untuk Jumaat lalu.

Kenaikan mencapai paras sekitar 1.06470 di penutup dagangan sesi terakhir minggu itu dan ketika harga menyambung dagangan di awal sesi minggu ini, kenaikan perlahan dilihat diteruskan.

Lonjakan yang dipamerkan harga juga telah melepasi paras penting 1.06000 dan turut menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD itu, memberi isyarat perubahan trend bullish untuk minggu ini.

Kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras 1.07000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut sebelum menembusinya dan mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 bulan.

Sasaran untuk kenaikan yang diteruskan seterusnya adalah pada sekitar 1.08000.

Namun, jika situasi berubah dan penurunan harga berlaku semula, 1.06000 menjadi paras terhampir yang akan menjadi tumpuan untuk diuji dahulu.

Seterusnya, penurunan harga jika diteruskan akan kembali semula ke zon support minggu lalu pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat