EUR/USD Masih Cenderung Membuat Penurunan Harga Menjelang Penetapan Kadar Oleh ECB

593

Matawang Euro kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko berikutan sentimen semasa masih tidak memihak kepada Euro untuk terus mencari peluang untuk mencatatkan pengukuhan.

Pasaran melihat Euro berdepan risiko terhadap jangkaan bank pusat Eropah yang memberi isyarat penangguhan kenaikan kadar faedah sehingga tahun hadapan. Tambahan lagi, pertumbuhan ekonomi pada zon Eropah yang berada pada tahap yang membimbangkan telah menggesa bank pusat untuk bertindak melancarkan pinjaman bank untuk jangka masa panjang dalam usaha bagi merancakkan kembali ekonomi.

European Central Bank (ECB) bakal mengumumkan penetapan kadar dalam mesyuarat pada Khamis yang dijangkakan kadar faedah akan dikekalkan di paras sifar.

USD masih kekal mengukuh selepas data ekonomi domestik mencatatkan bacaan yang baik semalam. Penganalisis berpendapat bahawa berkemungkinan USD akan terus mengekalkan momentum pengukuhan ini sehingga menjelang laporan data pekerjaan NFP pada Jumaat nanti.

Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD, dagangan semalam menyaksikan harga yang menguji pada tumpuan pada 1.13300 telah berjaya ditekan lebih rendah sehingga ke zon RBS (resistance become support) sekitar 1.13000 bersambung hingga dagangan sesi Eropah hari ini.

Harga yang bergerak di bawah paras Magic Pivot 1.1311 hari ini berkemungkinan akan menguji kembali paras tumpuan pada 1.13300 sebelum ini jika harga berjaya membuat kenaikan semula.

Namun, jika harga berjaya meneruskan penurunan ke paras lebih rendah, harga dilihat akan menuju ke paras zon support sekitar paras 1.1259 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini atau lebih rendah lagi.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk panduan tambahan bagi perbandingan analisis teknikal anda. Perhatikan juga paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras terbaik bagi posisi dagangan EUR/USD anda.

Paras support: 1.1282, 1.1259, 1.1230.

Paras resistance: 1.1334, 1.1363, 1.1386.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat