EUR/USD Mendatar, Bakal Sambung Penurunan Awal Minggu?

430

Matawang Euro bergerak lemah pada sesi dagangan hari ini berikutan berlangsungnya Persidangan Ekonomi Kesatuan Eropah dengan isu Brexit serta pandemik Coronavirus akan menjadi tumpuan utama.

Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde berkemungkinan menyampaikan kenyataan bernada dovish berikutan peningkatan kes jangkitan virus di Eropah.

Sementara US dolar juga turut bergerak perlahan ekoran pelabur masih berwaspada menantikan perkembangan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kekal suram dengan tempoh pilihan raya Presiden semakin hampir.

Namun, sentimen pasaran semasa yang masih berisiko menyokong pengukuhan nilai US dolar daripada susut lebih rendah.

Jika diperhatikan pada carta harga bagi pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga pada Rabu lebih mendatar berbanding hari sebelumnya yang menyaksikan penurunan ketara harga.

Penurunan semalam sekadar menguji paras sokongan 1.17200 sebelum kembali naik semula berlegar di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di pergerakan pada rangka masa 1 jam.

Sesi dagangan hari ini masih melihatkan harga menguji halangan MA50 namun gagal untuk melepasi ke paras lebih tinggi sebelum menunjukkan tanda-tanda untuk penurunan di awal sesi Eropah.

Penurunan harga dilihat akan kembali semula ke paras sokongan 1.17200 atau harga yang meneruskan penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.16800.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) pada julat harga 1.17800-1.18000 akan kembali menjadi tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat