EUR/USD Mendatar Di Lantai $1.0600, Bakal Tembus Ke Bawah?

128

US dolar bakal didagangkan kukuh selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell memberi kenyataan yang bernada hawkish berkenaan dasar monetari.

Menurut Powell, bank pusat perlu mengekalkan kadar faedah yang tinggi untuk tempoh lebih lama untuk memerangi inflasi.

Justeru, ini akan memberi kesan peningkatan terhadap US dolar berikutan Fed dijangka akan menangguhkan langkah pemotongan kadar faedah untuk tempoh terdekat ini.

Dengan faktor ketegangan geopolitik yang semakin hangat kini juga bakal memberi sokongan tambahan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga lebih mendatar di awal minggu ini memperlahankan seketika momentum terjunan harga yang berlaku minggu lalu.

Pada Selasa semalam, harga berlegar di atas paras sokongan 1.06000 setelah berberapa kali lantunan harga berlaku ketika menghampirinya.

Namun, harga dilihat masih kekal bergerak dalam trend bearish dengan kenaikan terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan di carta EUR/USD itu.

Untuk jangkaan penurunan lebih lanjut akan diteruskan, paras 1.06000 berkemungkinan akan cuba ditembusi harga sebelum catatkan paras terendah terbaru lagi untuk tahun ini.

Sasaran penurunan harga seterusnya akan beralih ke sekitar 1.05000 pula.

Sementara, jika berlaku lonjakan semula harga selepas ini, kenaikan awal harga dilihat akan menguji paras rintangan terhampir berada pada 1.07000.

Melepasi paras berikut akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish sebelum kenaikan lebih tinggi dijangkakan akan berlaku.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat