EUR/USD Mendatar Di Zon $1.0600, Bakal Ada Kejutan Menanti?

138

Kejutan oleh Bank of Japan (BOJ) selepas mesyuarat dasar monetari semalam turut memberi kesan terhadap pasaran global yang menimbulkan panik.

Namun, situasi kembali reda selepas beberapa sesi dengan pergerakan harga mata wang utama kembali perlahan, kecuali Yen yang memaparkan pengukuhan ketara.

US dolar dilihat masih belum memaparkan arah pergerakan yang jelas sejak awal minggu selepas pengukuhan awal telah dipamerkan di penghujung minggu lalu susulan mesyuarat FOMC.

Seperti major pair yang lain, carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD juga masih lagi pamerkan pergerakan yang mendatar membuatkan pelabur kekal waspada untuk sebarang kejutan.

Masih lagi paras 1.06000 dilihat sebagai zon sokongan buat harga apabila harga kekal meniti di sekitar tersebut dengan julat pergerakan harga semalam sekitar 70 pips dengan ketinggian dicapai pada 1.06600.

Pergerakan harga perlahan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat bahawa pergerakan bullish berkemungkinan akan dipaparkan selepas ini, namun pelabur masih menantikan isyarat yang lebih jelas.

Sekiranya berlaku lonjakan, rintangan pada zon 1.07000 akan menjadi tumpuan untuk diuji sekali lagi seperti dagangan minggu lalu.

Melepasi zon tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan dengan sasaran seterusnya adalah pada 1.08000.

Namun, jika harga susut lebih rendah di bawah zon 1.06000 dan bergerak di bawah MA50, pelabur bersedia untuk kejatuhan harga selepas meneliti petunjuk pergerakan bearish.

Penurunan dijangka akan dilanjutkan ke sekitar zon 1.05000 sebelum reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Meneruskan corak penurunan, harga yang melepasi 1.05000 bakal menguji pula paras tumpuan lebih rendah sekitar 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat