EUR/USD Mendatar Tapi Harga Berisiko Untuk Jatuh Lagi

105

Pergerakan harga pada carta-carta utama dilihat ‘sendu’ pada dagangan Rabu semalam ketika ketiadaan data-data ekonomi tumpuan untuk memacu pasaran mata wang.

US dolar paparkan pergerakan mendatar setelah pemulihan di awal minggu berbanding penyusutan ketara yang tercetus pada dagangan penghujung minggu lepas.

Pandangan yang bernada hawkish oleh ahli-ahli Federal Reserve (Fed) berjaya menghalang US dolar dari terus tersungkur jatuh dengan fokus pasaran kembali terarah terhadap dasar monetari bank pusat.

Walaupun pengukuhan tidak agresif, namun pelabur meneliti petunjuk pada carta-carta utama untuk perubahan trend harga yang berlaku.

Seperti pada carta pasangan mata wang EUR/USD, isyarat bearish harga dinilai selepas harga mula berbalik arah dari corak lonjakan minggu lalu.

Penurunan harga perlahan namun dilihat telah mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menjadi sempadan arah buat harga.

Harga bergerak mendatar di sekitar paras 1.07400 sepanjang Rabu semalam dengan jangkaan kecenderungan untuk penurunan harga terus berlaku.

Untuk sasaran penurunan lebih rendah, harga dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1.07000 dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan.

Sekiranya tembus lebih rendah ke bawah, sasaran akan beralih ke zon support terdahulu iaitu pada 1.06000 sekaligus harga akan catatkan paras terendah terbaru 3 minggu.

Namun, jika harga mula melonjak naik melepasi halangan MA50, akan menjadi petanda untuk trend menaik harga bakal bersambung semula.

Kenaikan harga akan menguji rintangan pada 1.08000 dan jika akhirnya berjaya menembusinya, paras ketinggian terbaru akan dilihat dengan sasaran adalah pada zon 1.09000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat