EUR/USD Meningkat Di Awal Minggu, Beri Isyarat Awal Perubahan Trend?

789

Dijangka untuk meneruskan momentum pengukuhan, sebaliknya US dolar ‘berehat’ di awal pembukaan pasaran minggu ini menyusut semula dari paras tertinggi 2 bulan yang dicapai.

Walaupun pamerkan penyusutan, namun US dolar masih lagi dilihat bergerak kukuh berbanding mata wang utama yang lain dalam pasaran sementara pelabur menantikan ucapan oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell pada awal pagi Rabu.

Sesi pasaran New York juga gagal mengukuhkan semula pergerakan US dolar berikutan kenaikan pada pasaran saham Wall Street.

Harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD meningkat semula setelah menguji paras terendah sekitar 1.18500 untuk meningkat semula di atas paras 1.19000.

Penganalisis pasaran tidak menolak kemungkinan harga memberikan isyarat awal untuk perubahan trend semula selepas kenaikan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Namun masih awal untuk diperkatakan sementara menantikan isyarat yang lebih jelas. Berkemungkinan juga kenaikan harga hanya situasi pembetulan (correction) sebelum harga menyambung penurunan semula.

Sekiranya penurunan harga diteruskan, zon support sekitar 1.18000 akan menjadi paras tumpuan yang akan diuji selepas harga turun lebih rendah melepasi paras sokongan 1.18500 semalam.

Namun jika harga berjaya teruskan kenaikan semula, paras sasaran awal dilihat berada pada zon harga 1.2000.

Melepasi rintangan tersebut seterusnya akan mendorong kenaikan lebih tinggi ke zon SBR (support become resistance) 1.20600-1.20900.

Data-data aktiviti sektor ekonomi di Eropah dan Amerika Syarikat akan menjadi tumpuan pelabur dan akan mempengaruhi pergerakan US dolar dan Euro.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat