EUR/USD Mula Pamer Kenaikan, Siri Penurunan Harga Telah Berakhir?

476

Matawang dolar Euro kembali mempamerkan pengukuhan pada sesi pasaran Eropah hari ini susulan data PMI pembuatan dan perkhidmatan untuk bulan Februari diterbitkan.

Dimulakan dengan Perancis, data agak bercampur dengan sektor perkilangan menunjukkan penguncupan manakala sektor perkhidmatan meningkat ke paras tertinggi 4 bulan.

Kemudiannya menyusul pula data PMI di Jerman yang turut menerbitkan bacaan yang bercampur-campur. Sektor pembuatan menunjukkan kenaikan tertinggi 13 bulan namun masih berada di bawah paras penguncupan sejak Januari 2019.

Sementara sektor perkhidmatan pula menurun berbanding lebih rendah berbanding jangkaan penurunan.

Data PMI zon Eropah pula mencatatkan bacaan yang baik dengan peningkatan pada bacaan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga bergerak mendatar sepanjang minggu di zon support sekitar paras 1.07800.

Siri penurunan harga ke paras tersebut sejak awal Februari telah mencatatkan paras terendah terbaru sejak April 2017 yang lalu.

Namun, dagangan pada hari ini mula menyaksikan kenaikan harga yang telah berjaya melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) dengan kenaikan lebih 30 pips menguji paras ketinggian harga semalam.

Kenaikan harga dilihat akan menguji paras 1.08300 yang merupakan zon SBR (support become resistance) sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Sekiranya harga kembali membuat penurunan semula, zon support 1.07800 akan diuji untuk harga tembusi.

Penurunan lebih rendah dari paras tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat