EUR/USD Mulakan Dagangan Dengan Penurunan, Paras 1.19000 Jadi Tumpuan

666

US dolar mula pamerkan pengukuhan di sesi Asia pada Isnin untuk permulaan yang baik pada dagangan awal minggu ini.

Pengukuhan tersebut dilihat didorong oleh peningkatan kes pandemik Eropah dan Amerika Syarikat (AS) serta perkembangan perlahan rangsangan ekonomi di AS yang membuatkan pelabur kembali berjaga-jaga.

Pada penghujung minggu lalu, dapat dilihat US dolar menutup dagangan dengan prestasi lemah berbanding mata wang utama yang lain berikutan faktor-faktor yang memberi kesan penyusutan terhadap US dolar.

Pada carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD pada Jumaat lalu, harga yang menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.18000 gagal menembusinya sebelum kembali melonjak semula untuk menutup dagangan minggu lalu di paras lebih tinggi semula.

Kenaikan harga tersebut yang melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga walau bagaimanapun tidak berjaya mencapai paras tertinggi mingguan yang dicapai pada Rabu lalu sekitar 1.18800.

Penurunan harga pada sesi Asia pagi ini dilihat masih berada di atas paras sokongan MA50 dengan pergerakan harga masih perlahan.

Jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras ketinggian minggu lalu serta zon resistance 1.19000 akan menjadi tumpuan utama harga.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance tersebut bakal mencatatkan paras tertinggi terbaru 7 minggu pada carta EUR/USD.

Namun, mata wang Euro yang masih terkesan dengan risiko pemulihan ekonomi di Eropah ekoran peningkatan kes jangkitan virus bakal menekan harga ke paras lebih rendah.

Sekiranya harga kekal meneruskan penurunan sehingga sesi-sesi berikutnya dengan pengukuhan berterusan US dolar, zon RBS 1.18000 akan kembali diuji.

Harga yang berjaya tembusi zon tersebut akan menuju ke paras-paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.17200 serta support 1.16900.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat