EUR/USD Nak Sambung Penurunan Lagi Minggu Ini?

575

US dolar menunjukkan sedikit peningkatan pada permulaan dagangan sesi Asia pagi ini sebagai pembukaan pasaran di awal minggu.

Pada penghujung minggu lalu, US dolar menunjukkan sedikit penyusutan selepas bergerak kukuh sepanjang minggu apabila sentimen pasaran semasa dan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) menyokong pengukuhan raja mata wang itu.

Namun, pelabur akan berwaspada terhadap pergerakan US dolar pada minggu ini menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Penularan virus dilaporkan kembali meningkat di Eropah dan AS. Namun, agihan vaksin yang positif disalurkan di AS dijangka akan memulihkan negara itu berbanding tekanan di Eropah di samping penghantaran vaksin yang didakwa perlahan sehingga menimbulkan ketegangan Eropah dan UK sebelum ini.

Oleh itu, mata wang Euro dijangka akan kekal berisiko bersambung pada dagangan minggu ini berbanding US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, dapat dilihat harga menunjukkan penurunan minggu lalu sehingga bawah paras 1.18000 selepas menjunam di awal minggu dari atas paras 1.19000.

Zon 1.18000 dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) yang akan menjadi rintangan buat harga pada minggu ini.

Jika harga menyambung penurunan lebih rendah, zon support 1.17000 akan menjadi sasaran harga.

Namun jika harga berjaya melonjak semula pada minggu ini di atas paras 1.18000, kenaikan harga bakal ke paras 1.19000 untuk menguji semula zon SBR tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat