EUR/USD Nampaknya Belum Berjaya Tembus $1.01000 Lagi!

163

US dolar dilihat mula mengubah arah pergerakan harganya pada Rabu semalam apabila penyusutan dari awal minggu tidak diteruskan, sebaliknya mula paparkan tanda-tanda pengukuhan semula.

Ini adalah disebabkan berita perkembangan Covid-19 di China dengan laporan lonjakan kes harian terbesar dicatatkan semalam untuk tempoh 6 bulan sehingga memaksa kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan di tambahan daerah Guangzhou.

Mempengaruhi faktor sentimen risk-off pasaran, US dolar sebagai mata wang safe-haven mula memaparkan pengukuhan semula, namun pelabur kekal berwaspada menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan hari ini.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Rabu semalam mula berubah arah apabila corak penurunan yang dipaparkan.

Kenaikan sebelum ini gagal untuk melepasi rintangan pada 1.01000, mengulangi semula situasi yang sama berlaku pada minggu terakhir Oktober lalu untuk membuat penurunan semula.

Penurunan harga telah kembali semula ke paras pariti 1.0000, namun ekoran susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan di rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, pelabur menilai sebagai petanda awal untuk perubahan trend.

Jika harga menyambung lagi penurunan lebih rendah hari ini, melepasi paras 1.0000 seterusnya dilihat akan menguji pula paras 0.95500 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Kemudian, harga bakal menyambung penurunan lanjut ke sekitar zon 0.99000 atau lebih rendah lagi menuju 0.98000.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak dari paras pariti 1.0000, rintangan pada 1.01000 akan kembali menjadi sasaran semula bakal diuji.

Melepasi rintangan tersebut barulah harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu untuk menguji pula paras 0.16000 sebelum ke paras sasaran 1.02000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat