EUR/USD Pacak Lagi Ke Paras Ketinggian Terbaru

390

Spekulasi untuk Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell akan menolak perbincangan mengenai pengurangan pembelian bon pada mesyuarat FOMC minggu ini terus memberi tekanan buat dagangan US dolar.

Penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk Euro mengukuh ke paras tertinggi hampir 2 bulan menjelang data sentimen perniagaan di Jerman pada sesi Eropah hari ini.

Selain itu, Euro dilihat akan meneruskan momentum pengukuhan selepas data sektor pembuatan dan perkhidmatan di Eropah yang diterbitkan pada penghujung minggu lalu catat bacaan yang baik secara keseluruhannya.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, setelah harga susut ke paras 1.20000 susulan keputusan mesyuarat bank pusat Eropah, harga kembali meningkat semula dan berjaya mencapai paras ketinggian 1.21000 di penghujung dagangan minggu lalu.

Masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga untuk isyarat trend bullish, pelabur meletakkan harapan untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi pada minggu ini.

Jangkaan seterusnya dilihat akan menuju zon rintangan sekitar 1.21500-1.21800 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 9 minggu pada carta EUR/USD.

Namun sekiranya harga susut semula di bawah zon 1.20900-1.20600, harga akan kembali menuju semula paras sokongan 1.20000 yang berada di zon RBS (resistance become support).

Pelabur akan berwaspada pada minggu ini dan memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat FOMC yang akan mempengaruhi dagangan US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat