EUR/USD Pamer Kenaikan Kukuh Ke Paras $1.19000

392

USD dolar terus mengalami penyusutan nilainya sehingga ke penghujung minggu selepas terkesan oleh keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis semalam.

Turut menambah tekanan buat US dolar pada sesi New York semalam apabila bacaan awal bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua gagal mencapai jangkaan peningkatan.

Data tuntutan pengangguran AS untuk minggu lalu juga mencatatkan angka 400,000 yang masih lagi memberi isyarat risiko terhadap sektor buruh.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD dapat diperhatikan faktor US dolar yang lemah telah mendorong kenaikan harga menuju ke zon rintangan 1.19000 seperti yang dijangkakan penganalisis.

Pelabur akan menilai reaksi harga pada zon tersebut untuk petunjuk arah pergerakan harga yang selanjutnya.

Sekiranya corak kenaikan harga berjaya dikekalkan, kenaikan yang menembusi zon 1.19000 bakal meneruskan kenaikan ke paras tumpuan lebih tinggi iaitu pada rintangan 1.20000.

Mampukah harga capai semula ke paras 1.20000 selepas 5 minggu jatuh di bawah paras tersebut?

Namun, jika zon 1.19000 kekal menjadi rintangan yang sukar ditembusi, penurunan semula harga dilihat akan kembali menuju ke paras sokongan 1.18000.

Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga boleh menjadi isyarat untuk trend bearish semula.

Bergerak lebih rendah di bawah paras 1.18000 akan mendorong jangkaan untuk harga menuju ke zon support 1.17000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat