EUR/USD Papar Corak Kenaikan Semula Menjelang Laporan NFP

258

US dolar menunjukkan prestasi yang suram menuju dagangan penghujung minggu sementara tumpuan kini terarah pada terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Julai pada sesi New York sebentar lagi.

Ramalan pertambahan pekerjaan untuk bulan Julai sedikit merosot kepada 250,000 berbanding bulan sebelumnya pada 372,000 sementara kadar pengangguran dijangka kekal di paras 3.6%.

Jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang agresif bakal dikekalkan untuk mesyuarat seterusnya namun faktor tersebut dilihat gagal untuk terus mengukuhkan US dolar.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mula memaparkan corak kenaikan harga semula pada sesi Eropah dan New York semalam selepas pada mulanya menunjukkan pergerakan mendatar di sesi Asia pada paras 1.01600.

Memberi isyarat bullish, harga telah bergerak meningkat semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga menyaksikan kenaikan mencapai paras rintangan pada 1.02400 semula.

Mendatar pada sekitar tersebut bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat), berkemungkinan kenaikan harga akan diteruskan lagi untuk meneruskan corak menaik yang dipaparkan semalam.

Sekiranya harga membuat kenaikan, paras 1.03000 akan menjadi sasaran untuk diuji sebelum kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu.

Sasaran selanjutnya harga dilihat pada ketinggian 1.04000 sekiranya laporan NFP memberi kesan penyusutan ketara buat US dolar.

Sebaliknya jika US dolar kukuh selepas data diterbitkan, harga bakal menjunam dan menguji semula paras sokongan pada 1.01600.

Dan penurunan lebih rendah akan ke paras 1.01000 untuk zon RBS (resistance become support) diuji sebelum penyusutan lanjut akan akan mensasarkan sehingga ke zon support 1.0000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat