EUR/USD Papar Persembahan ‘Hambar’ Selepas Mesyuarat FOMC

211

Keputusan mesyuarat FOMC menepati ramalan pasaran apabila Federal Reserve (Fed) menepati jangkaan meningkatkan kadar faedah lebih agresif sehingga 75 mata asas.

Namun, meleset berbanding jangkaan untuk prestasi lebih cemerlang, US dolar sebaliknya bergerak lemah semula sehingga ke penghujung sesi New York.

Penganalisis menilai aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh pelabur yang telah masuk posisi dagangan lebih awal (price in) menjelang jangkaan terhadap mesyuarat FOMC tersebut.

Situasi penyusutan US dolar turut berlaku pada mesyuarat FOMC sebelum ini, dan oleh itu, US dolar dijangka akan kembali mengukuh semula.

Turut mencuri tumpuan pada sesi Eropah semalam, mesyuarat mengejut diadakan oleh European Central Bank (ECB) memberi kesan pergerakan negatif terhadap Euro.

Kebimbangan terhadap krisis hutang terhadap negara-negara Eropah mendorong ECB menawarkan rancangan skim bantuan terbaru.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat telah membuat kenaikan sehingga menguji rintangan 1.05000 sebelum pamerkan penurunan semula di bawah zon support 1.04000.

Namun, selepas mesyuarat FOMC, harga melonjak semula susulan penyusutan US dolar sehingga harga berlegar di sekitar 1.04600 pada penghujung sesi New York.

Kenaikan harga semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam boleh menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish.

Namun pelabur juga berwaspada sekiranya US dolar boleh kembali membuat pengukuhan semula pada dagangan penghujung minggu.

Sekiranya kenaikan harga diteruskan melepasi rintangan pada 1.05000, sasaran seterusnya harga adalah menuju pada 1.06000 jika US dolar kekal bergerak lemah.

Sebaliknya jika US dolar berjaya ‘comeback’ semula, penurunan harga bakal susut di bawah zon 1.04000 dan boleh mencecah sekitar 1.03000 sekaligus mencatatkan paras terendah 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat