EUR/USD Sambung Penurunan Ekoran Krisis Geopolitik Kritikal

344

Situasi krisis semakin tegang, Rusia dikhabarkan bersiap sedia untuk menyerang Ukraine pada bila-bila masa sahaja sementara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky juga tidak gentar untuk dengan serangan Rusia.

Ukraine kini berada dalam situasi kecemasan di mana Pentagon telah memberi amaran bahawa persiapan perang oleh Rusia sudah hampir sempurna, dan rakyat Ukraine juga telah bersedia untuk peperangan berlaku.

Sentimen pasaran risk-off telah mendorong US dolar kembali mengukuh pada sesi New York semalam selepas pergerakan yang sedikit suram pada sesi-sesi sebelumnya.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang utama EUR/USD, harga telah menyambung semula penurunan selepas kenaikan pada sesi Eropah yang hampir menyentuh paras 1.13600.

Memberi isyarat untuk trend bearish buat harga, penurunan telah membuatkan harga kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Setelah perlahan di paras sekitar 1.13300 pada penutup dagangan sesi New York, harga menyambung lagi penurunan pada awal sesi Asia pagi ini (Khamis) menuju zon tumpuan 1.12700-1.12500.

Dengan situasi pasaran yang berisiko, US dolar berpotensi untuk menekan harga lebih rendah melepasi zon tersebut dan menuju pula ke paras 1.12000.

Namun, pelabur tetap perlu berwaspada sekiranya perubahan sentimen pasaran berlaku kembali mendorong lonjakan harga semula.

Kenaikan harga bakal menguji zon SBR (support become resistance) pada 1.14000 yang masih belum berjaya ditembusi sejak minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi melepasinya akan mensasarkan pada zon rintangan sekitar 1.14800 untuk pergerakan trend bullish semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat