EUR/USD Sambung Penurunan Lagi, Sasar Cecah $1.1000?

361

US dolar memulakan dagangan awal minggu semalam dengan baik apabila menyambung pengukuhannya susulan reaksi terhadap perbandingan data yang diterbitkan pada sesi Eropah dan New York.

Bacaan angka bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) bagi bulan Julai adalah lebih baik berbanding Eropah yang tampil dengan bacaan agak merosot.

Disebabkan itu juga, pelabur menyaksikan kejatuhan nilai pada mata wang Eropah termasuk Euro susulan data diterbitkan.

Bacaan data bagi Eropah dilaporkan terendah sejak pandemik Covid-19, bakal sedikit mengganggu rancangan bank pusat untuk meneruskan pengetatan dasar selepas ini.

Penganalisis menjangkakan US dolar masih berpotensi untuk meneruskan pengukuhan menjelang mesyuarat FOMC pada awal Khamis nanti dengan ramalan kenaikan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Federal Reserve (Fed).

Seperti dijangkakan penganalisis, carta pasangan mata wang EUR/USD menyambung corak penurunan harga pada pembukaan awal minggu semalam yang melepasi paras terendah penghujung minggu lalu.

Jika diperhatikan, harga naik seketika menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut sebelum melantun turun sehingga ke penghujung sesi New York.

Harga naik ke paras 1.11470 sebelum jatuh menjunam dan mengakhiri dagangan di paras terendah terbaru sekitar 1.10600.

Sesi Asia pagi ini (Selasa) menyaksikan pergerakan perlahan harga dengan cubaan untuk membuat sedikit kenaikan yang lemah.

Corak penurunan harga masih dijangka akan diteruskan dengan sasaran untuk harga menuju ke zon tumpuan 1.10000.

Jika harga tembus lebih rendah, zon 1.09000 seterusnya akan dituju sebelum sasaran lebih rendah akan beralih kepada 1.08000.

Namun jika harga kembali buat lonjakan lebih tinggi melepasi halangan MA50, akan menjadi isyarat awal potensi untuk harga berubah arah.

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula paras 1.12000 atau ketinggian paras harga yang dicapai pada minggu yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat