EUR/USD Sambung Penurunan, Namun Adakah Trend Harga Sudah Berubah?

125

Menyambung dagangan pada Selasa, US dolar dilihat masih lagi menunjukkan pengukuhan di sesi New York semalam namun pada tempo yang lebih berhati-hati.

Ini kerana persoalan tentang penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) masih bercampur.

Data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif mencetusk jangkaan untuk bank pusat meneruskan pengetatan dasar.

Namun, perlu diingat bahawa pada minggu lalu Pengerusi Fed, Jerome Powell sendiri bernada dovish memaklumkan sudah tiba masa untuk kenaikan kadar faedah diperlahankan.

Sentimen pasaran pula dilihat mula berisiko semula dan menyokong US dolar untuk bergerak lebih kukuh dalam pasaran ketika ini.

Walaupun pelonggaran sekatan pergerakan dilaporkan di China, namun aktiviti sektor perkhidmatan China jatuh ke paras terendah 6 bulan.

Ketegangan Eropah dan Rusia berkenaan had paras harga minyak serta isu perang Rusia-Ukraine yang hangat semula dilihat menjadi antara faktor yang mengundang kebimbangan semula dalam pasaran global.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD dilihat menyambung penurunan ke paras lebih rendah pada sesi New York semalam setelah terdapat kenaikan awal di sesi Eropah sebelumnya.

Harga yang meningkat ke paras sekitar 1.05300 kemudiannya menjunam 70 pips untuk berehat di paras 1.04600 dan harga perlahan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).

Masih lagi terhalang di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD, harga dijangka meneruskan pergerakan trend bearish menuju sasaran seterusnya pada 1.04000.

Melanjutkan penurunan lebih rendah akan mendorong harga menuju pual ke zon 1.03000-1.02400.

Sebaliknya, jika harga melantun semula melepasi rintangan pada zon 1.05000 dan halangan MA50, tercetus semula jangkaan untuk harga menyambung trend bullish minggu lalu.

Kenaikan bakal diteruskan untuk menuju kembali ke sasaran zon rintangan 1.06000 yang hampir dicabar harga pada awal minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat